Walaubagaimanapun ada gak beberapa tempat yg boleh dilawati sekiranya ke Pekanbaru. Antaranya Balai Adat Melayu Riau, Masjid Agung An-Nur, Anjung Seni Idrus Tintin, Labersa Waterpark, Menara Lancang Kuning dan Perpustakaan Soeman HS
Balai Adat Melayu Riau |
Perpustakaan Soeman HS
Perpustakaan Soeman HS yg terletak di Pekanbaru Centre ialah perpustakaan yg dibina oleh pemerintah Riau. Perpustakaan ini merupakan salah sebuah perpustakaan terbesar dan tercantik di Asia Tenggara. Bangunannya mempunyai senibina yg moden dan menarik dengan ukiran dinding yg menunjukan budaya masyarakat setempat. Dalamnya sangat luas, mempunyai ruang khas seperti auditorium, ruang internet, bilik Melayu dan sebagainya. Di dalamnya juga terdapat pelbagai koleksi buku2 Melayu dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.
dalam perpustakaan |
di depan perpustakaan |
di depan Monumen Runtuhnya Demokrasi Rakyat Riau |
Menara Lancang Kuning
Hari seterusnya, kami melawat Menara Lancang Kuning yg terletak bersebelahan dengan Perpustakaan Soeman HS. Menara Lancang Kuning ialah Pejabat Dinas Gabungan milik pemerintah Riau. Di tingkat paling atas ada sebuah sky garden yg dikenali sebagai Taman Zamrud.
Di sini, semua pelancong dibenarkan mengambil pas untuk naik ke tingkat atas bangunan. Dari atas bangunan, boleh tengok sebahagian besar kota Pekanbaru. Kota Pekanbaru boleh dikatakan antara kota paling terancang dan tersusun di Indonesia. View dari tingkat atas bangunan sangatlah cantik. Sedap betul lepak atas menara ni...rasa macam tak nak turun...haha
Taman Zamrud (roof top garden) |
bangunan Menara Lancang Kuning (kiri) dan pejabar Gabenor Riau |
Untung ada kawan yg boleh bawa ke banyak tempat. Saya di sini dulu kena ambil teksi memanjang, nasib baik cuma dua hari saja...
ReplyDeleteitulah...diorang kat sini pun sume baik-baik. sanggup bawa jalan jauh2 sampai demam2
ReplyDeleteYou are Manjung's finest blogger. Thanks a million for sharing your travel experiences but most of all, up to date news in the Manjung Skyscraper forum. Looking at your pics makes me miss my beloved hometown, Sitiawan. Manjung i proud to hv a first class blogger like you. Thumbs up! Keep up your gd work. I m certainly an avid reader of your blogs and Manjung updates. Cheers from Los Angeles!
ReplyDeletewow, first class is too much for me but thanks for that lawrence...you should visit ur hometown sometime, manjung keep change and ipoh also no more a dead city...many has happen in this recent years. if you need help or info, don't forget to inform me
ReplyDelete