Pages

Tuesday, November 22, 2011

Bandung - Hari terakhir - Galeri Ciumbuleuit, Pasar baru & Kartika Sari


Esoknya bangun awal, menikmati sarapan di hotel. Makanan terlalu banyak, tak larat nak makan. Dah puas makan, kemas barang, check out nak pegi tempat lain pulak. Sebelum tu, tangkap gambar dulu dari

view dari bilik hotel di tingkat 20

depan lobi hotel
Destinasi pertama kami ialah Pasar Baru. Pasar baru adalah tempat belanja paling popular di kalangan pelancong Malaysia di Bandung khusunya yg beragama Islam. Kat sini banyak pakaian2 seperti telekung, baju batik, baju pengantin. Pakaian2 lelaki pun banyak seperti kasut, jaket dan lain-lain lagi. Harga di sini memang sangat murah dan berkualiti.

Gedung Pasar Baru (kanan)
Kira-kira 3 jam lebih jugak la shopping kat sini. Sementara tunggu diorang shopping, ak naik atas tangkap gambar Kota Bandung. Dari tingkat atas boleh nampak sebahagian besar kota Bandung


pemandangan Kota Bandung dari Pasar Baru
Seterusnya kami pergi ke kedai brownies popular di Bandung iaitu Kartika Seri...salah satu tempat wajib di Bandung. Di tingkat 2 dan 3 ada bistro yg mempunyai pelbagai pilihan makanan. Jadi, kami makan tengah hari dulu di sini.

Lepas makan, terus menuju ke airport....

Dalam perjalanan ternampak sejenis kereta kuda y dikenali sebagai Delman

berat hati meninggalkan Bandung, 3 hari 3 malam ke Bandung dan Jakarta mana cukup...huhu

No comments:

Post a Comment