Tiba di Pekanbaru, Riau - Kota Bertuah
Minggu lepas sempena cuti panjang ni sekali lagi pegi ke Pekanbaru buat kali kedua. Tapi kali ni sebab planning nak ke Bukittinggi, Padang dan tempat-tempat lain di Sumatera Barat pula. Kebetulan pula bulan lepas airasia buat promosi KL-Pekanbaru dengan tiket pegi balik dalam RM160 je. Masuk je flight tengok agak ramai juga orang Malaysia sama macam masa datang ke Pekanbaru dulu. Nampak macam kebanyakan mungkin yg ada sedara kat sini dan sesetengahnya menuntut di universiti2 di Riau dan yg lain mungkin atas urusan bisnes. Pekanbaru dan Riau ni bukanlah pusat pelancongan seperti mana Padang dan Bukittinggi di Sumatera Barat.
Flight tiba di Pekanbaru kira-kira selepas 40 minit berlepas dari KL. Kali ni mendarat di terminal baru airport Pekanbaru iaitu bandara internasional Sultan Syarif Kassim 2. Airport yg serba baru dan moden ni baru je dibuka tahun lepas. Design terminal ni sangat cantik, classy dan berbentuk seakan-akan buku terbuka dengan sentuhan design yg ala-ala Melayu tetapi moden. Masuk je terminal ni terdengar pula
dendangan muzik lagu-lagu traditional Melayu yg antaranya ialah lagu Cindai dari Siti Nurhaliza dan lagu Lancang Kuning. Agaknya sebagai menandakan yg kita ni berada di Tanah Melayu provinsi Riau, Indonesia yg terkanal dengan jolokan Riau - bumi Lancang Kuning.
|
Pekanbaru dari udara |
|
disambut rakan di sana |
|
pintu gerbang dengan tulisan jawi |
|
tugu zapin |
Seperti kota-kota lain di Indonesia, kota Pekanbaru ini juga dihiasi dengan tugu-tugu dan monumen-monumun seperti tugu keris, tugu selamat datang, tugu ikan selais tiga sepadan dan lain-lain serta yg terbaru ialah tugu zapin seperti gambar di atas.
(in editing).....