Beberapa minggu lepas secara tak sengaja dan tak dirancang telah pegi ke Shah Alam. Pegi sana pun semata-mata sebab orang ajak pegi kenduri kahwin. Kalau nak ikut malas gak nak pegi jauh-jauh ni bila tak rancang yapi dah orang ajak, ikut je la lagipun jalan-jalan di sekitar KL dan Shah Alam. Kalau zaman belajar dulu memang tak kisah lah, pegi mana pun sanggup.
Pergi Shah Alam kali ni tidur rumah kawan-kawan je. Nasib baik ada ramai kawan kat KL ni. Sebelum sampai Shah Alam kitorang singgah sekejap di Mc Donalds Kota Damansara untuk minum Mc Cafe. Waktu ni dah pukul 12 tengah malam tapi nasib baik Mc cafe dijual sampai pukul 1 pagi...kalau tak kempunan la....haha. Minuman favorite di sini ialah cappucino yang bersaiz paling besar berharga RM6.90 dan kalau yg paling kecik RM4.90 je. Sedap dan murah berbanding capucino kat tempat lain.
Tak banyak pun aktiviti kali ni. Selain kenduri, kebanyakan masa dihabiskan pusing-pusing di sekitar bandar Shah Alam je. Rasanya dalam beberapa tahun ni Shah Alam semakin berubah, semakin banyak kawasan perumahan baru, kondo-kondo dan jalan di sana pun dah semakin sibuk. Di Shah Alam juga dah ada shopping mall yang grand dan GSC iaitu di Setia Alam yg sangat jauh dari pusat bandar Shah Alam.
|
pusat bandar Shah Alam, waktu ni agak sunyi sebab awal pagi hujung minggu |
Petang tu kami pegi ke Restoran Pece Lele di Padang Jawa yang terkenal dikalangan student UiTM. Bestnya makanan kat sini sedap, banyak dan murah. Makanan kat kedai ni betul-betul rasa macam kat Indonesia berbanding kedai2 ayam penyet lain. Selain ayam penyet, pece lele, bakso dan makanan lain-lain, ada gak jus extra jos dan teh botol sosco yang jarang jumpa kat Malaysia ni, Mungkin sebab sekitar kawasan ni ramai buruh dari Indonesia tapi kebanyakan yg makai kat kedai tengok Malaysia je yg ramai.
|
Restoran pece lele di Padang Jawa, Shah Alam |
|
ayam penyet dan pece lele (ikan keli) |
Singgah di Masjid Negeri Shah Alam
Lepas makan, kami singgah sembahyang di Masjid negeri Shah Alam. Kalau tak silap masjid ni juga dipanggil Masjid Biru dan masjid ni adalah
Masjid yang terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Masjid Istiqal di Jakarta. Walaupun dah beberapa kali ke Shah Alam, tapi nilah kali pertama sembahyang kat masjid ni dan rupanya diorang pun baru kali pertama menjejak kaki masuk dalam masid ni (sebab diorang semua pun bukan tinggal di Shah Alam). Dalamnya memang sangatlah luas, lebih kuas yang dibayarkan. Nak pergi tandas pun terpaksa ambik masa. Yang pastinya dalam sangatlah selesa. Masjid Shah Alam ni sememangnya merupakan landmark utama bandar Shah Alam dan lambang kepada majoriti penduduknya yg majoriti besar beragama Islam.
Selepas solat, pusing pusing dan lepak-lepak lagi di sekitar bandaraya Shah Alam. Walaupun sekadar melepak dan berbual, tapi memang seronok jumpa-jumpa kawan-kawan yg dah jarang jumpa. Di Shah Alam ni banyak gak kedai-kedai yg best2 dan pelik-pelik dan antaranya restoran upin dan ipin...haha
|
lepak lagi sampai lewat malam |
p/s: sori sangat kepada kawan-kawan yg lain sebab tak sempat contact disebabkan kesuntukan masa...haha