Dah lama sangat tak ke pekan Parit. Biasanya pun sekadar lalu kalau dari Beruas nak ke Ipoh atau Kuala Kangsar. Pekan Parit ni ialah sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Perak tengah kira-kira 14 km dari Seri Iskandar.
Cuti baru-baru datang ke sini sekejap untuk menikmati mi hailam pekan Parit. Di pekan Parit ni ada beberapa kedai mi hailam yg agak popular dan antara yg paling polular ialah di satu kedai malayu di tepi sungai Perak terletak berhampiran dengan medan selera. Selain itu, Pekan Parit ni juga popular dengan laksanya (yg hampir sama dengan laksa kuala kangsar), cendol dan masakan-masakan traditional orang Perak seperti gulai tempoyak ikan patin.
|
Pekan Parit yg kecil dan comel |
Memandangkan kami sampai di sini betul-betul pada waktu tengah hari hari jumaat, jadi kami cepat-cepat la singgah ke Masjid Pekan Parit untuk sembahyang Jumaat.
|
budak-budak ni first time pakai kain pelikat...haha |