Sunday, June 24, 2012

Dinner di MH hotel sky lounge, Ipoh

Beberapa hari lepas ada dinner di MH hotel, Ipoh yang disponsor sepenuhnya lembaga sekolah. Thanks banyak-banyak...hehe. Plan asalnya ialah dinner di Kinta riverfront hotel tetapi diubah di MH hotel iaitu di skylounge nya yang berkonsepkan terbuka. Dari atas ni boleh tengok pemandangan sebahagian dari Ipoh, tapi sayang Ipoh skrg berjerebu, jadi tak nampaklah sangat pemandangan Ipoh ni. Dinner ni bermula dari 7.30 malam tetapi kebanyakan cikgu2 melayu datang selepas Maghrib.. MH hotel ni terletak dekat dengan Jusco dan Tesco Ipoh Garden atau lebih tepat di sebelah McD berhampiran highway dan skylounge adalah di tingkat 7



orang2 kuat sekolah

semangat betul cikgu... pakai baju melayu lagi


amboi..report kat bini...haha

di ruang sky lounge 





Thursday, June 21, 2012

Mydin Mall Manjoi, Ipoh - hypermarket di tengah kampung

Hari ni (22 Jun 2012) satu lagi Mydin dibuka dibuka di Ipoh iaitu di Manjoi dekat dengan pejabat tanah. Kemungkinan Mydin ni merupakan hypermarket pertama yg dibina di tengah-tengah kawasan kampung...haha. Dalamnya agak besar, dua tingkat dan ada sebuah food court bekonsepkan open space selain beberapa unit retail shop. Mydin ni rasanya lagi besar dari Giant di Bercham (yg baru dibuka beberapa bulan lepas).





note:
Dengar khabar pusat karaoke, hiburan dan bowling di Mydin Mall Meru juga akan dibuka hari ini...makin meriah lah nanti..

Sunday, June 17, 2012

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Baru-baru ni ada kawan datang melawat ipoh....ntah kenapa sejak ahir-akhir ni ramai pulak la yg datang melawat Ipoh yg takde apa ni..haha. Antara tempat yg kami pergi ialah Taman Rekreasi Gunung Lang. Gunung Lang ni terletak di jalan Kuala Kangsar dekat je dengan highway...

Masuk ke sini perlu bayar boat RM3.00 sorang untuk ke seberang tasik. Pemanangan kat sini sangatlah cantik...dah tak rasa macam kat ipoh lagi dah...haha. Masa kami datang ni agak ramai orang mungkin disebabkan cuti sekolah. Selain Gunung Lang ni, di sini ada satu air terjun buatan yg boleh dilihat dari highway dengan tulisan Taman Rekereasi Gunug Lang.






naik ke atas menara
view dari atas menara


air terjun buatan




Sakae Sushi @ Station 18, Ipoh

Balik je Ipoh, sepupu rapat datang ngan tunangnya merangkap kawan dari sekolah dulu dan bakal menjadi sepupu ajak makan sushi. Memang dah lama rasa nak makan sushi ni. Memandangkan kat Ipoh dah ada sakae sushi (selepas lembah kelang dan penang), kitorang pun datanglah try makan kt sini. Sushi kat sini memang sedap betul kalau banding dengan sushi king terutamanya sup miso tu dan tak la terlalu mahal....yg penting puas. Masa datang ni pun punya la ramai yg beratur nak masuk...

amik order

pilih pilih







Wednesday, June 13, 2012

Dari Singapore ke Batam, Indonesia

Di Harbour Bay, kami menaiki ferry untuk Batam...kat sini ada beberapa jenis feri dan harga ptuket pun berlainan. Feri yg kami naik tu kalau tak silap S$23. View sepanjang perjalanan ke Batam sangat cantik dan menarik kerana boleh tengok Singapore dari view yg berbeza tetapi sangat jelas. Kalau tak silap antara tempat yg lalu ialah downtown Singapore, Pulau Sentosa dan kawasan2 yg baru dibangunkan di atas tanah yg ditambak. Sepanjang perjalanan, kami berdiri di luar feri untuk tengok view cantik ni sampailah ke Terminal ferry di Batam. Dalam 1 jam gak la berdiri kat luar tu.

menuju ke Batam



Singapore skyline


Trip Batam

Di Batam terdapat beberapa terminal ferry. Kami naik feri yg berhenti di termnal feri Batam Centre. Dari Batam centre, kami menuju ke Nagoya untuk check in hotel. Nagoya ni adalah kawasan tumpuan di Batam dan merupakan pusat belanja yg mana di sini terdapat banyak hotel dan beberapa pusat membli belah.

Batam Centre 
Malam tu jalan-jalan di sekitar Nagoya, tak sempat pun nak bergambar...masing-masing dah penat dan lapar...haha. Lagipun Batam agak gelap di waktu malam. Jadi tak ada lah gambar-gambar di Batam pada waktu malam..huhu.

Esoknya, kami dah bersiap nak balik...kami di sekejap je, tampai pun sehari...tak sempat pun nak pergi ke tempat yg menjadi tumpuan pelancong seperti Jambatan Barelang yg sangat terkenal di sini. Awal pagi tu, lepas check out hotel, kami ke kedai kek yg menjual kek pisang. Rupanya kek pisang sangat terkenanl sebagai makanan khas Batam...(padahal di Malaysia mana2 pun ada kek pisang)..haha. Tapi kek pisang di sini atasnya diletak pelbagai jenis perisa seperti cokelat dan cheese, macam brownies di Bandung.

Seterusnya sebelum balik sempat singgah di Coastarina, Batam yg merupakan salah satu kawasan perlancongan di Batam. Kawasan ni dibuat theme park dan sebagainya tapi sayang waktu kami datang sini, tempat ni agak kurang terurus. Dari sini boleh nampak jelas view Batam Centre.

Coastarina, Batam


haha
Setelah puas bergambar di sini kami, pun siap untuk balik. Diorang semua balik ke Pekanbaru, Riau naik flight dari Batam sementara aku sorang-sorang balik ke Johor naik boat dari Batam centre..sedih betul..huhuhu. Semoga jumpa lagi di lain masa...seronok dan puas jalan ngan korang semua.

selamat tinggal Batam 









Sunday, June 10, 2012

Trip ke Singapore (final part)

Esoknnya kami ke Marina Bay lagi, tapi kali ni nak Marina by the bay iaitu sebuah taman botani moden yg terletak di sebelah Marina Bay Sands. Sampai sini baru kami tau yg tempat ni tak buka lagi...

Garden by The Bay yg belum dibuka (photo from Inhabitat.com)
Seterusnya kami bercadang ke Merlion Park. Masa ni tanya seorang pegawai (pegawai ni orang putih) macam mana nak ke situ. Ada dua pilihan ialitu samada berjalan dari Marina Bay atau menaiki public transport. Sebahagian kami memilih jalan kaki dan yg lain memilih naik public.

[catatan: foto2 kali ni semuanya hak milik diorang (kebanyakan amik kat facebook je..hehe) sebab kamera dah habis bateri. Sebelum ni, ingatkan boleh lah tumpang charge bateri kat charger diorang rupanya tak boleh, walaupun kamera semuanya canon tapi jenis bateri lain2..huhu]

kusyuk dengar penjelasan (yolah sangat....buat-buat dengar je tu...)
sedia jalan kaki ke Merlion Park (Merlion Park kat belakang tu)
melalui Helix Bridge 
spectacular view from here...cantik betul skyline Singapore dari sini
Dari Manrina Bay, jalan kaki ke Merlion Park akan lalu Jambatan ni iaitu Helix Bridge atau juga dipanggil Jambatan DNA kerana bentuknya. Seterusnya Promenade dan satu lagi jambatan. Akhirnya kami yg jalan kaki sampai dulu di Merlion Park...haha..puas hati, lagipun view kalau jalan kaki sangatlah cantik..hehe

di Merlion Park
Dari sini, kami ke Raffles naik MRT ke Harbour Bay untuk ke Pulau Sentosa.

jalan ke station MRT
di Raffles dekat dengan station MRT
Dari Harbour Bay, naik monorail ke Pulau Sentosa untuk bergambar di depan Universal Studio. Tak masuk pun Universal studio ni sebab takde masa...lagipun mahal dan memang tak becadang nak masuk sini.



Dah habis bergambar, balik ke Harbour Bay nak bertolak ke Batam pula...