Monday, October 31, 2011

Trip Bandung & Jakarta - intro

Cuti Deepavali minggu lepas, kitorang pegi bercuti di Bandung dan Jakarta. Harga tiket flight kami agak murah sebab dah beli awal-awal. Pegi balik Kuala Lumpur – Bandung termasuk tax, bagasi dan booking seat tak sampai RM500.

Percutian kami agak pendek iaitu 2 malam di Bandung dan 1 malam di Jakarta. Tapi puas jugak la menjelajah kota Bandung dan Jakarta. Hotel yg kami duduk semua yg bagus-bagus dan terletak kat kawasan yg strategik di area2 pusat membeli belah. Disebabkan waktu pendek kami guna khidmat supir (kereta sewa+driver), kalau nak jimat pakai public je tapi buang masa la. Tempah hotel sendiri dan ambil supir jauh lagi murah la dari guna travel agency. Kalau guna travel agency selalunya diorang bagi hotel yg murah-murah je.

Flight kami sepatutnya pukul 7.15 malam ditunda 3 jam sebab airport Bandung ditutup disebabkan lawatan presiden Indonesia ke Bandung. Jadi kami sampai di Bandung pun dah lewat malam, rugi dah hari pertama.

puas tunggu flight di LCCT
akhirnya, betolak ke Bandung

Secara ringkas ni aktiviti kami sepanjang 3 malam 3 hari di Bandung dan Jakarta:

26/10/2011
12.30 am - malam tiba Bandung, check in hotel Amaris Cihampelas

27/10/2011
7.00 am – sarapan, jalan2 dan begambar di sekitar Cihampelas
9.00 am – shopping di rumah Mode
11.30 am – betolak ke jakarta, singgah makan di R&R di highway
3.30 pm - shopping di Thamrin city, Jakarta
7.00 pm – melawat MONAS (monumen nasional),
8.00 pm – check in hotel maxone.com di Jalan Sabang
9.00 pm – makan/bersiar-siar di Jalan Sabang

28/10/2011
7.00 am – sarapan di sekitar hotel
8.30 am – shopping di Tanah Abang, bersiar-siar di kawasan sekitar, window shopping di plaza Grand Indonesia
12.30 pm – betolak di bandung
3.30 pm – makan di resto Karambe Sundanese food Bistro
5.00 pm – shopping di Jalan Riau
7.30 pm – Jalan Dago
8.30 pm – Check in hotel Galeri Ciumbuleuit
9.00 pm – Jalan-jalan di Cihampelas Walk (Ciwalk)
11.00 pm – Berjalan pulang ke hotel

29/10/11
8.00 am – sarapan
9.00 am – shopping di Pasar Baru
12.30 pm – Kartika Sari
1.30 pm – betolak ke airport

Friday, October 28, 2011

Happy Deepavali

To all my Hindu friends and those who celebrate, wishing you happy deepavali...may diwali light up ur life =)

Friday, October 21, 2011

Keindahan Kampar Westlake @ Bandar Baru Kampar

Di Kampar terdapat sebuah tasik yg cantik dikenali sebagai Kampar Westlake. Kampar Westlake terletak di Taman Bandar Baru Kampar dan dekat dengan pintu masuk utama Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR). Pemandangan dari ini sangat cantik dan dari sini boleh nampak sebahagian bandar baru, UTAR dan Kolej TAR. Ramai pelajar UTAR dan penduduk sekitar beriadah di sini setiap hari.



UTAR (kiri) dan Kolej TAR (kanan)



rumah-rumah mengadap tasik yg menjadi kediaman pelajar  UTAR

Untuk post sebelum ni tentang Bandar Baru Kampar sila klik:




Wednesday, October 12, 2011

Satay Kajang Aspirasi Bonda (nasi ayam Bukhari)

Kali ni nak kongsi satu tempat yg best nak satay kajang yg sedapkat ipoh...selalunya org ipoh lebih kenal satay kajang serai dekat ngan jusco, tapi kali ni nak kongsi satu kedai satay kajang yg jauh lagi sedap iaitu satay kajang aspirasi bonda nasi ayam bukhari(punyalapanjang nama) yg terletak di Dataran Sunway Ipoh.

Ramai yg tak sedar tentang kedai ni sebab agak tersorok....kadi terletak agak ke dalam gak...dataran sunway ni terletak bertentangan dengan LOST WORLD OF TAMBUN kat area2 sunway hotel in. Sebab tersorok, jadi kebanyakan yg datang ialah pelanggan tetap atau yg dengar dari orang lain...restoran ni buka dari 5.30 petang sampai 11 malam setiap hari Isnin hingga Sabtu

Satay diorang memang istimewa sebab sedap, lembut dan garing...bagi aku satay diorang ni boleh kata antara paling sedap penah aku makan. Selain tu, makanan2 lain kat sini pun sedap menarik dan berpatutan....antara yg ada ialah nasi ayam bukhari (RM4.80), nasi ayam golek sup cendawan (RM6.00), nasi asam pedas (RM5.50), nasi ayam black pepper, ais bandung spesel dan sebagainya.


sataykajang, bandung special, asam pedas


sebarang pertanyaan boleh hubungi:
0135286019 encik rosli 

Friday, October 7, 2011

Bersiar-siar di Old Town/Pekan Lama Ipoh di waktu malam

Salah satu tempat yg menarik untuk lepak di waktu malam di Ipoh ni ialah di sekitar padang Ipoh. Kawasan ni dikenali sebagai pekan lama atau old town Ipoh. Nama old town white coffee memang berasal dari sini yg dari dulu terkenal dengan kopinya.

Kawasan ini sangat menarik kerana dikelilingi bangunan-bangunan dan senibina kolonial yg masih asli dan terjaga. Suasana kat sini kadang2 terasa seperti berada di eropah....hehe. Waktu siang di sini agak sesak dan susah nak parking tetapi waktu malam agak lengang.

Sekarang makin ramai orang datang sini samada untuk bergambar atau membuat aktiviti lain seperti bersiar-siar, main bola sepak, kereta kontrol, menunggang bike dan sebagainya. Seronok gak lepak sini malam-malam di tambah dengan suasana yg romantis...

ala-ala eropah gitew...haha




ntah basikal sapa2 la diorang kebas untuk bergambar...




Thursday, October 6, 2011

De Garden Mall, Ipoh

Berhampiran dengan Jusco Ipoh sekarang terdapat sebuah shopping mall baru iaitu De Garden mall. De Garden Mall ni terletak di bangunan Courts Mammoth dulu yg sekarang dah pindah ke lokasi lain. De Garden ni berkonsepkan open air dengan landscape dan design yg sangat cantik dan menarik.

Antara restoran / f&b yg ada kat sini ialah Burger King, Tutti Frutti, Ayam Penyet, Oh Sushi, Boston Cafe, Toast cafe, Fruit Lands, Strawberry Moments, Pappa Mia (non-halal), Korean bbq Daorae (non-halal) dan lain-lain.

Sementara kedai-kedai lain kebanyakkan berkonsepkan fashion, kedai aksesori, perhiasan dan kecantikan. Antaranya New York, Bohemia Room, Lovely Crystal, Rhythm dan banyak lagi termasuk kedai-kedai pakaian wanita dan pub (Airpot).
                   

   



Tingkat bawah


Tingkat atas