Sunday, July 31, 2011
Thursday, July 28, 2011
Bersantai di Marina Island
Beberapa hari lepas pergi kami pergi ke Manjung untuk makan di Restoran Shabu Shabu. Selepas itu kami ke Marina Island iaitu pulau buatan yg semakin popular di Lumut ni. Marina Island ni terletak dekat dengan Teluk Murok dan pangkalan TLDM.
Sampai je sini lepak di kompleks jeti Marina Island…nampaknya makin ramai orang lepak di pulau ni di malam hari tak kira yg melepak bersama pasangan kekasih, rakan-rakan mahupun keluarga. Selain melepak, ada gak pebagai aktiviti riadah di sini yang sesuai sangat untuk kanak-kanak dan orang dewasa
Selepas itu, kami jalan-jalan sekitar pantai…kat sekitar sini sekarang dah ada banyak gerai-gerai makan…memang ramai yg melepak kat sini.
Yang paling menarik iaah tempat duduk gerai makan yg dibina atas air…ala-ala terapung gitu. Sungguh menarik lepak minum sambil menikmati pemandangan laut udara yg menyegarkan….
Tuesday, July 26, 2011
Restoran 3R mi udang lipan, Pantai Remis
Beberapa minggu lepas bersama keluarga pergi ke Pantai Remis untuk menikmati mi udang lipan. Mesti ramai yg tau dan tak pernah merasai udang lipan. Disinilah salah satu tempat kalau nak rasa udang lipan.
Restoran tersebut ialah Restoran 3R mi udang lipan. Kalau dari Manjung atau Ayer Tawar, restoran ni terletak selepas melalui Pekan Pantai Remis dan hanya beberapa km je dari pekan. Walaupun restoran ni terletak agak ke dalam, tapi nak jumpa senang je sebab dari tepi jalan utama dah boleh nampak sign board besar tunjuk arah ke kedai ni.
Antara makanan yg popular di sini semestinya mi udang lipan dan juga mi goreng udang lipan. Selain itu, ada pelbagai jenis makanan berasaskan seafood memandangkan Pantai Remis memang terkenal dengan makanan seafood.
Monday, July 18, 2011
Melawat Kellis caslte di Batu Gajah
Minggu ni tak tau nak buat apa....niat hati nak kluar makan je...tengah-tengah makan kat Tesco Station 18 haritu tetiba lak terpikir nak melawat Kellis Castle kat Batu Gajah....dah semua setuju kami pun pegi jela...senang tak? haha...memang selalu macam ni pun, nak pegi mana-mana ikut suka hati je
Kellis castle terletak di antara jalan Batu Gajah menuju ke Gopeng tak jauh je dari Pekan Batu Gajah...bayaran masuk RM4.oo seorang. Tempat ni sesuai gak untuk bergambar terutamanya untuk pasangan pengantin dan jurugambar profesional...masa kitorang pegi pun memang banyak pasangan pengantin bergambar di sini...
Gambar-gambar di sekitar Pekan Batu Gajah di malam hari....

depan pintu masuk |
antara tempat popular untuk shoot foto |
ke bilik bawah tanah...dalam bangunan ni banyak gak bilik dan terowong bawah tanah rahsia |
menuju ke menara tingkat 3 dan 4 |
bersantai di atas bumbung |
pemandangan dari atas sekali |
Gambar-gambar di sekitar Pekan Batu Gajah di malam hari....
menara jam |
kawasan pentadbiran daerah Batu Gajah |
Thursday, July 14, 2011
Buffet lunch RM12.99 @ Syuen Hotel
Baru-baru ni hotel Syuen membuat promosi buffet lunch serendah RM12.99. Hotel Syuen ni adalah salah satu hotel 4 bintang terkenal di Ipoh. Buffet bermula dari jam 12.00 sampai 2 petang pada hari Isnin hingga Khamis sahaja.
Promosi kali ni bertemakan Little Ipoh in Syuen. Antara makanan yg ada kat sini ialah nasi lemak, nasi dengan lauk pauk, mi bandung, cheong fun, laksa goreng, kuih muih, desert dan sebagainya. Lunch buffet dengan harga RM12.99 di hotel mewah boleh dikatakan sangatlah murah berbanding dengan makanannya yg banyak dan boleh ambil tanpa had.
Promosi ni tak tau la sampai bila, kemungkinan sehingga hujung bulan Jula ini...yg pasti kalau ada peluang kena la try...boleh makan sepuas-puasnya di hotel 4 bintang.

nice decoration here |
Sunday, July 3, 2011
Pasar Chowrasta, Penang
Seterusnya kami singgah di Pasar Chowrasta yg terletak di tengah-tengah bandar Georgetown. Tempat ni terkenal dengan pelbagai jenis jeruk yg dijual di sini dan sangat popular terutamanya kepada kaum perempuan. Dekat-dekat kawasan ni ada gak gerai-gerai makanan seperti cendol, pasembur dan sebagainya.
Pasar Chowrasta ni lokasinya terletak di hadapan ibu Pejabat Polis Kontigen Penang. Kalau dari KOMTAR boleh jalan kaki je datang sini....
Pasar Chowrasta ni lokasinya terletak di hadapan ibu Pejabat Polis Kontigen Penang. Kalau dari KOMTAR boleh jalan kaki je datang sini....
nilah pasar Chowrasta |
kawasan sekitar pasar |
pelbagai jenis jeruk |
gerai-gerai makanan sebelah pasar |
gembira setelah puas membeli belah |
Subscribe to:
Posts (Atom)