Thursday, June 30, 2011

bergambar di Persiaran Gurney

Seterusnya kami bergerak menuju ke Persiaran Gurney.....tempat yg paling sesuai untuk bergambar dan menikmati pemandangan Pulau Pinang berlatarkan pantai dan bangunan-bangunan pencakar langit.



Sampai je sini terus pekena pasembur dan laksa penang...banyak gerai makanan di sini samada yg halal mahupun yg tidak halal...pasembur kat sini tak sesedap di Padang Kota tetapi harganya jauh lebih murah.

setiap sorang amik macam bukit....tak hingat

Selepas itu, melepak dan bergambar di tepi pantai sekitar prsiaran Gurney....aktiviti wajib


 



Kemudian bergambar ala-ala model.....ternyata yg kami ni berbakat dan fotogenik...hehehe....jangan marah


Ni pulak wajah-wajah kegembiraan.......ntah apa la yg hepi sangat depa ni....haha






Monday, June 27, 2011

LADAP di Pulau Pinang

sebagai penjawat awam yg bergelar guru, adalah diwajibkan menghadiri kursus Latihan dalam perkhidmatab atau lebih dikenali sebagai LADAP pada setiap tahun... wahaha... tiba-tiba je skima bagai...sebenarnya nak cerita yg slalunya LADAP ni dibuat di sekolah je dengar2 ceramah tak pun kena baca buku...tapi kali kami sangat la bertuah kerana LADAP kali ni dibuat di Pulau Pinang dan ditaja oleh alumni SMJK Yuk Choy (sekolah tempat kitorang mengajar di Ipoh).

LADAPnye 1 jam lebih je, yg lain tu sume program bejalan je semata-mata. Masa ni la terasa betapa seronoknya menjadi cikgu....eh silap, slalu je rasa seronok jadi cikgu walaupun dapat anak2 murid yg sangat2 nakal...mana taknya selalu je cuti , dinner, jalan...haha (saja bagi korang jeles....banyak je beban jadi cikgu ni)

Sampai je di Pulau Pinang destinasi pertama ialah Quensbay Mall.....punyalah banyak tempat best kat Pulau Pinang ni, shopping mall juga menjadi pilihan mereka...dah la masa ni gaji tak masuk lagi....lantak la, yg penting kita enjoy....bak kata sorang cikgu di sini....lawak betul ....masa ni la perangai cikgu mengalahkan anak murid....dah la dalam bas riuh rendah....wahaha

bergambar di depan Quensbay Mall

tuu dia cikgu...hangpa ingat hangpa model
dalam Quensbay Mall
kan betul....mengalahkan anak murid

makan dulu

dalam restoran T-bowl, restoran berbentuk tandas

Seterusnya, kami pergi ke SMJK Chung Ling yg terletak air hitam...ni la tempat kursus LADAP ni diadakan....tujuannya ialah mempelajari pendekatan sistem pelajaran di sekolah ini. Sekolah ni merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia, banyak pencapaian akademik dan juga luar akademik yg dikecapi sekolah ni di peringkat nasional mahupun antarabangsa....kawasan sekolah ni sangat luas dan pengurusan sekolah sangatlah teratur

Lepas dengar ceramah, kami melawat sekitar sekolah ni, antaranya ke menara observatory  astronomi yg digunakan oleh kelab astronomi sekolah ni....kagum betul, sekolah menengah pun ada menara observatory sendiri
 
dalam menara
Dah puas berjalan di sekitar sekolah yg sangat besar ni, kitorang  pun bergambar beramai-ramai di dewan besar SMJK Chung Ling

guru-guru SMJK Yuk Choy di SMJK Chung Ling




Friday, June 24, 2011

Air terjun 7 tingkat - Hutan lipur Kanching

Destinasi seterusnya - Hutan Lipur Kanching yg terletak dekat Taman Templer, Selayang. Tempat ni terkenal dengan air terjunya yg mempunyai 7 tingkat. Sangat sesuai la untuk berkelah sambil berjungle tracking.

Untuk sampai ke tingkat atas sekali memang puas la mendaki. Kalau datang dengan famili bawa pulak anak kecik jawabnya mandi kat bawah je la. Tetapi yg pasti pemandangan air terjun dari atas sekali tu la yg paling cantik.
 

Kena  pulak masa kitorang datang sini hari Ahad....punyalah ramai orang, dah macam kat taman tema. Dari tingkat satu sampai la tingkat lima...penuh sesak. Nasib baik la kat tingkat 6 dan 7 tak ramai orang. Itupun sebab kebanyakan yg berkelah di sini dah tak sanggup nak mendaki sampai atas. Sebenarnya dari awal tak plan pun nak datang sini....tapi alang-alang dah datang kitorang gagah je naik sampai atas...penat tapi bebaloi..

berehat dulu
sambung perjalanan
sambil mendaki sempat lagi posing....hehe

Tngkat 6


air terjun yg cantik









Monday, June 20, 2011

Restoran Arab Wadi Hadramawt

Selepas turun dari Bukit Ampang kami pergi ke sebuah restoran Arab iaitu Restoran Wadi Hadramawt yang terletak di Jalan Ampang. Dari luar restoran ni nampak sangat mewah tetapi harga makanan di sini berpatutan dengan makanan yg dihidangkan.

Antara makanan yg agak popular dan recommended di sini ialah Lamb Madghout dan Lamb Mandy. Lamb Madghout(lamb+nasi arab) 1/2 kg beharga RM26.00 boleh makan 2-3 orang sementara Nasi Mandy RM24.00. Selain itu ada gak Lamb Haneeth (RM24.00), kebab, Min tea (RM8.00 satu pot),  mixed grill dan sebagainya.

Secara keseluruhan, boleh dikatakan restoran ni antara restoran Arab yg terbaik la kat KL ni. Lagi satu ni lah kali pertama makan daging kambing yg sangat lembut...katanya sesetengah makanan di sini dimasak mengikut cara asli arab iaitu menggunakan oven bawah tanah


Lamb Madghout
Lamb Mandy

Lamb Haneeth








Saturday, June 11, 2011

Pemandangan KL dari Bukit Ampang

Minggu ni ramai betul orang kahwin, maklumlah cuti sekolah. Yang bagusnya dapat gak bejumpa dengan kawan-kawan lama dan berjalan di sekitar KL ni. Salah satu tempat yg dilawati kali ni ialah Bukit Ampang. Dari sini boleh tengok pemandangan sebahagian Kuala Lumpur. Ramai gak orang melepak di sini dan kat sini pun banyak gerai-gerai makanan.




Kebetulan pula masa kitorang sampai dah dekat pukul 7. Jadi kitorang amik la kesempatan tengok matahari terbenam. Cantik sangat Kuala Lumpur waktu tu tengok dari sini. Memang tak sia-sia datang sini






Friday, June 10, 2011

Makanan western di Restoran Ikea

Esoknya pegi bershopping di Ikea bersama keluarga...Ikea yg terletak di Mutiara Damansara ni terkenal menjual perabot dan alatan lain yg mempunyai design unik dan menarik dengan harga yg berpatutan. Tapi yg paling best kat sini semestinya restorannya di tingkat 1 yg menjual malanan Western.

Makanan Western di sini dibuat dari bahan import dan menunnya betul-betul ikut cara Sweden. Haganya pulak lagi murah dari kat tempat lain. Paling femes tentulah meatballnya yg sangat popular dan juga ikan Salmon yg sedap....satu lagi kat sini air panas atau sejuk boleh refill banyak kali, kopi diorang pun sedap

tak sabar nak shopping
restoran ikea tingkat atas
bawa makanan pakai troli.
meatball, chicken chop herb dan lain-lain
sekali amik sampai dua set...salmon dan meatball...dah lama  dtg sini

Wednesday, June 8, 2011

i-city Shah Alam

Dari KLCC kitorang pergi ke I-City yg terletak di Shah Alam. Tempat ni dah menjadi semakin popular terutamanya untuk bergambar, melepak dan makan. Di sini juga ada arked permainan, show reptilia dan snowwalk iaitu tempat salji buatan. Nak sampai ke sini senang je, dari Jalan Persekutuan keluar exit Kampung Jawa dan ikut je signboard yg banyak kat sini. Bayaran masuk ialah RM15.00 satu kereta pada hujung minggu dan hari biasa RM10.00. Kalau nak tengok salji kena bayar RM25.00 seorang untuk masuk ke snowwalk.



snowalk - tempat salji buatan
bangunan arked hiburan