Tuesday, March 22, 2011

jalan-jalan Kuala Lumpur

Cuti sekolah kali ni sampai gak ke Kuala Lumpur.....memang dah lama tringin nak melawat Kuala Lumpur lagi, rindu betul dengan anak-anak buah dengan kawan-kawan lama. Pegi KL naik train laju ETS dari Ipoh ambik masa 2 jam je dengan harga tiket RM30.00 sehala.

Sampai Ipoh kali ni saja turun kat Stesen KTM lama Kuala Lumpur dekat ngan Pasar Seni...Dari sini jalan kaki pegi Masjid India

jalan menuju Masjid Jamek dan Masjid India
Sampai KL je trus jumpa member-member lama masa belajar kat UM dulu...malam tu jalan-jalan dan lepak-lepak kat Downtown Cheras sampai lewat malam

kawan-kawan UM yg dah lama x jumpa

Masa nak balik dari sini berlaku sesuatu....beg letak bawah kerusi dalam kereta member dah hilang, nasib baik la tak ada benda2 yg beharga sangat dalam beg tu, kunci rumah, wallet, handphone, kamera semua dalam poket seluar tapi tak pasal-pasal kunci pintu kereta kawan berlubang...tak guna betul...yg pencuri tu pun satu hal, dah tau xde laptop dan benda2 berharga dalam beg tu tak payah la curi beg...menyusahkan orang je...geramnya....tak selamat la hidup makan harta benda orang lain...

Malam tu gak pukul pukul 1.30 balik umah abang kat Wangsa Maju....dah rindu dengan anak-anak buah..huhu

Esoknya pegi ke Putrajaya...kat Putrajaya ada hot air bollon festival. Sebelum tu sempat tangkap2 gambar KL dari dalam kereta...memang dah hobi tangkap gambar pemandangan dan bangunan2...

KL view dari Wngsa Maju
view dari highway AKLEH (Ampang-KL)


next entri: Putrajaya



Thursday, March 17, 2011

Marina Island dan Pulau Pangkor

Marina Island - pulau buatan manusia

Di Lumut terdapat sebuah pulau buatan manusia dikenali sebagai Marina Island. Pulau buatan ni terletak di Jalan Teluk Batik dekat dengan base TLDM. Kat sini terdapat jeti baru untuk ke Pulau Pangkor. Selain itu ada juga hotel, baungalow,hall dan kafe2 . Dari sini pegi ke Pulau Pangkor  hanya mengambil masa kurang 10 minit berbanding dengan jeti lama di pekan Lumut lebih 40 minit. Harga tiket sama pegi balik RM10.00 sorang.
pulau buatan - Marina Island
setiap hari ramai orang melepak dan beriadah di pulau ini
jeti yg luas dan menjadi tempat rekreasi
Cuti tahun baru cina yg lepas, kitorang sekeluarga ke Pulau pangkor buat lawatan paling sekejap dalam
sejarah iaitu melawat Pulau Pangkor dalam masa sejam kemudian balik....haha....xdak kerja betul


Pulau Pangkor

Tak sampai 10 minit naik feri dah sampai Pulau Pangkor. Tunggu feri nak gerak lagi lama....

jeti pulau Pangkor
Pekan Pangkor yg dah semakin cantik
Kira-kira sejam kat Pulau Pangkor kitorang pun bergegas balik sebab feri terakhir ke Lumut dari sini ialah pukul 7.30 samaada ke Marina Island mahupun pekan Lumut.




Tuesday, March 15, 2011

Makanan Indonesia dan Minangkabau di Restoran Simpang Tiga, Ipoh

Salah sebuah restoran yg semakin popular di Ipoh kini ialah restoran Simpang Tiga, Ipoh. Istimewanya ialah restoran ini menyediakan makanan asli Minangkabau dan Indonesia dan cawangannya di Ipoh merupakan satu-satunya di Malaysia (cawangan lain kesemuanya di Indonesia). Selain makanan Indonesia, ada juga seksyen untuk makanan Western, Mi kicap (yg popular di Ipoh) dan lain-lain. Restorannya sangat besar, selesa dan ada suasana ala-ala kopitiam. Sangat best untuk lepak dan makan. Harga makanan kat sini agak berpatutan dan jauh lagi murah dari makan kat ayam penyet atau warong peyet.

Nasi goreng sarolangun (nasi goreng + udang & sotong goreng tepung + keropok + sayur) - RM7.90
Salah satu makanan western - Mushroom sup + roti (RM4.00) dan roti garlic
nasi padang
seronok lepak dan makan di sini

Restoran ni terletak di Greentown Square dekat area belakang Greentown mall. Senang je nak jumpa restoran ni sebab dari jauh boleh nampak design Minangkabau pada kedai ni.





Saturday, March 12, 2011

Gerbang Malam, Ipoh

Beberapa hari lepas teman kawan pergi Gerbang Malam untuk cari aksesori yg susah dicari dengan harga yg murah. Tempat ni konsepnya sama seperti Uptown /downton di KL menjual pelbagai jenis pakaian, aksesori dan lain-lain lagi sehingga lewat malam. Paling banyak kat sini ialah barangan bunddle berjenama dijual dengan harga yg murah.

Gerbang malam ni terletak betul-betul di tengah pusat bandaraya Ipoh iaitu di Jalan Tahwil Azhar, Pekan Baru bersebelahan dengan bangunan BSN dan dibuka setiap hari. Sangat sesuailah bagi sesiapa yg suka membeli-belah dan tawar-menawar di lewat malam

 


sibuk memilih
Gerbang Malam ni akan menjadi lebih sesak semasa bulan puasa kerana jumlah gerai akan bertambah dua kali ganda dan jumlah pengunjung akan betambah berlipat kali ganda. Banyak baju-baju dan kelengkapan lain untuk beraya dijual di sini dengan harga yg amat berpatutan.




Friday, March 11, 2011

Kuantan dan Teluk Cempedak

Entri terakhir untuk trip ke Pantai Timur. Di Kuantan, setelah memusing satu bandar akhirnya kami menginap di sebuah hotel yg terletak betul-betul di tengah pusat bandar Kuantan. Tak jauh dari hotel ni terdapat sebuah masjid besar yang tersegam indah iaitu Masjid Negeri.

pusat bandar Kuantan

Teluk Cempedak

malam itu, kami pegi ke Pantai Teluk Cempedak seperti yg dicadangkan sekiranya berkunjung ke Kuantan. Selain kedai-kedai Melayu ada juga restoran f&b seperti McD dan KFC. Memang best lepak dan makan kat sini sambil menikmati keindahan pantai di waktu malam.

pantai yg cantik dan bersih

Kat sini terdapat  juga tempat rekreasi yg dikenali sebagai Teluk Tongkang. Yang bestnya tempat ni ialah apabila melalui jambatan kayu di atas cerun-cerun berbatu di tepi bukit dengan pukulan ombak deras melalui bawah jambatan di tengah malam pulak tu...(bahasa sungguh nak explain...haha)






Wednesday, March 9, 2011

Old Town White Coffee (24 hour) Gunung Rapat

Minggu lepas, kira-kira dalam pukul 12 malam kami bercadang lepak dan makan di Gunung Rapat, Ipoh kerana di sini terdapat banyak kedai yang dibuka dari lewat malam sampailah ke pagi. Selain beberapa kedai Melayu yg ada di sekitar stesyen bas Medan Gopeng, ada gak beberapa restoran fastfood yg dibuka 24 jam antaranya Mc Donalds, Burger King dan juga Old Town White Coffee.

Malam itu kitorang pilih lepak di Old Town White Coffee, sekali-sekala nak la gak try layan tempat-tempat macam ni. Walaupun dah lewat malam, tetapi restoran ni masih penuh dengan pelanggan.

sibuk memilih menu
mi kari
Ipoh chicken hor fun
set menu
fried dumpling with soup - simply sedap
Curry chicken rice
seronok lepak sampai pagi buta








Wednesday, March 2, 2011

Design unik dan moden perpustakaan University Indonesia

 Di Indonesia, terdapat sebuah library yg sedang dibangunkan dengan design yg sangat unik, cantik dan moden. Bangunan tersebut yg dah hampir siap sepenuhnya dijangka bakal mula dibuka April ini dan dikatakan bakal menjadi salah sebuah library terbesar dan termoden di dunia. Library pusat Universiti Indonesia ni terletak di kota Depok yg terletak tidak jauh dari Jakarta.
Kagum betul tengok design bangunan ni. Sebenarnya kat Jakarta memang banyak bangunan dengan design yg sangat cantik dan gempak mengalahkan design bangunan2 di Kuala Lumpur.

rendering design

progres dalam pertengahan 2010



hampir siap sepenuhnya.... lagi cantik dari rendering

Universiti Indonesia ( UI ) adalah salah sebuah universiti terbaik di Indonesia dan juga Asia Tenggara sama seperti Universiti Malaya di KL....

sumber: skyscrappercity forum