Sunday, February 27, 2011

Jalan-jalan Lumut di hari jadi

Tanggal 24 Februari ialah hari jadi aku. Malam tu lepas habis kerja kitorang plan makan kat luar. Walaupun tak rancang, main ajak2 je tapi ramai gak la yg join malam tu. Dah kumpul, tiba2 ada yg ajak pegi Lumut macam Lumut tu dekat je dengan Ipoh. Setelah semua setuju, akhirnya kitorang selamba gak pegi ke Lumut. Semua buat-buat lupa yang esoknya kerja....lantak la....haha


Kira-kira sejam lebih gak la sampai Lumut dari Ipoh.

Aktiviti pertama, makan seafood.
Kat Lumut ni memang banyak restoran seafood memandangkan sini adalah kawasan pantai. Pilih je mana yg rasa cambest, kebanyakannya memang ok.


Lumut Waterfront

Dah puas makan, kitorang lepak di Lumut waterfont yg terletak di pekan Lumut. Lumut waterfront ni memang cantik dan sangat luas. Kalau hujung minggu tempat ni agak sibuk gak sebab kat sini sekarang dah ada bazaar ala-ala uptown kat KL dan gerbang malam kat Ipoh. Barang kat sini pun boleh tahan murah gak. Tapi hari kitorang pegi ni agak lengang kerana hari biasa, lagipun sampai sini pun dah pukul 12.00


Sempat lagi bergambar kat bukit ni yg tertulis Lumut dan Pangkor bandar pelancongan, maritim dan tentera laut.

Kat Manjung ni terdapat banyak pusat karaoke yg murah dan selesa. Ada yang sejam RM10 dan ada yg sejam RM15 tak kira berapa ramai yg masuk. Tapi masa kitorang pegi kebanyakan dah tutup...mana taknya pegi pun dah pukul 1.00 pagi. Cari punya cari ada gak la satu yg buka dekat food court belakang billion. Tempatnya tak berapa sangat dan kira ikut satu lagu seringgit.


Dah puas karok kitorang pun betolak balik ke Ipoh. Sampai Ipoh pukul 3 lebih. Agak gila gak la malam tu...esoknya kitorang berkerja seperti biasa menjadi orang baik mendidik anak murid dengan tekun dan amanah....kerja tetap kerja....hehe




Monday, February 21, 2011

Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang

Antara destinasi kami di negeri Pahang ialah Bukit Tinggi. Bukit Tinggi ni sebenarnya terletak tak jauh pun dari KL dan Genting. Di sini terdapat beberapa tarikan menarik seperti Japanese tea garden, golf and Country club, Chateau spa resort, bird park dan yg paling popular ialah Colmac Tropicale. Nak masuk ke Bukit Tinggi Berjaya Hill ni kena bayar RM12.00 setiap seorang.
Chateau Spa Resort
Bird park - bayaran masuk RM3.00
Suasana Perancis di Colmar Tropical Bukit Tinggi

Dibangunakan oleh Berjaya Hill, Colmar Tropical terkenal dengan bangunan-bangunan dan suasananya yang betul-betul terasa seperti berada di Eropah.Di tambah pula dengan suhu di sini yg agak sejuk seperti di Cameron Highland.

Selain hotel, terdapat beberapa cafe dan restoran yg hampir kesemuanya menjual makanan-makanan western seperti pizza, pasta, donut, bakeri dan sebagainya. Makanan di sini agak mahal contohnya pizza kecil berharga RM33.oo dan spageti RM29.oo. Jadi kalau rasa tak berapa nak mampu silalah bawa makanan sendiri.





terdapat beberapa cafe dan restoran
senibina bangunan dan landscape ala Perancis



Friday, February 18, 2011

TTI River Cruise dan Masjid Kristal

Di Taman Tamadun Islam ni terdapat sebuah masjid cantik yg dibina dari kaca dan keluli serta terletak di atas air iaitu Masjid Kristal

di depan Masjid Kristal
Dekat sini ada beberapa cafe dan salah satunya terletak dekat dengan Masjid Kristal ni. Memandangkan dalam pakej yg kitorang ambik masa tu ada diskaun makan RM3.00 setiap sorang jadi kitorang pun makanlah kat sini sementara nak tunggu naik River Cruise


TTI River Cruise

Elok je kitorang habis makan, orang2 river cruise pun dah panggil kerana boat dah ready nak gerak.

excited sungguh
bergerak meninggalkan Pulau Wan Man
Pulau Duyung
Dari jauh dh nampak bandar Kuala Terengganu di sebelah kiri dan yg kat kanan tu masih lagi Pulau Duyung

Dalam boat ni kitorang je yg bergerak sana sini sebab terlalu excited
Felda Hotel
melalui jambatan yg menghubungkan Pulau Duyung dengan daratan
dah nampak Masjid Kristal menandakan kitorang dah nak sampai di TTI
Seronok betul naik river cruise ni. Jauh gak dia pusing.... memang cukup puas menikmati pemandangan di sekitar Kuala Terngganu ni.


Muzium Kuala Terengganu

Setelah puas menjelajah Taman Tamadun Islam, kitorang pun bergerak meninggalkan Kuala Terengganu nak menuju ke destinasi seterusnya iaitu Kuantan. Tapi sebelum tu, kitorang singgah sekejap bergambar di muzium Kuala Terengganu yg merupakan muzium terbesar di Asia Tenggara.

dalam gambar tak nampak besar sangat tapi kalau tengok sendiri sangatlah besar





Wednesday, February 16, 2011

Taman Monumen, Taman Tamadun Islam, di Pulau Wan Man

Taman Tamadun Islam (TTI) terletak di pulau Wan Man tak jauh dari Losong (kawasan yg terkenal dgn kepok Losong) dan muzium Terengganu. Taman Tamadun Islam (TTI)ni ialah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh dunia.

kompleks Taman Tamadun Islam (yg belah kanan tu convention centre)
Kat sini kitorang ambil pakej promosi masa tu semperna karnival iaitu pakej termasuk tiket masuk dan keretapi di taman monumen, river cruise dan pakej makan serta cenderamata dengan harga RM20.00.


Taman Monumen

Di taman monumen ni terdapat pelbagai replika masjid dan senibina keagungan Islam. Selain menggunakan keretapi, pengunjung boleh gak menyewa basikal yg terdapat di sini.

kawasan dalam Taman Monumen
Kubah As Shakra (belakang) dan replika Masjid Badshahi, Pakistan (depan)
monumen Taj Mahal
Replika komplek Suleyman, Turkey
monumen masjid Sammara, Iraq
KulSharif, Russia


 taman monumen yg luas
Banyak lagi sebenarnya monumen2 yg ada kat sini selain daripada semua yg di atas. Kalau nak tengok kena la datang sini.





Monday, February 14, 2011

Makan seafood dan menginap di Teluk Ketapang

Malam itu kami memilih untuk makan dan meginap di Teluk Ketapang setelah dicadangkan oleh beberapa penduduk tempatan di sini. Agak susah nak jumpa tempat ni kerana tak banyak (ke takde lansung?) sign board bagitau tenpat ni. Hampir2 putus asa cari tempat ni tapi nasib baik la terjumpak sign board kecik bagitau beberapa km lagi sampai lapangan terbang Sultan Mahmud. Nasib baik la airport ni betul2 terletak di Teluk Ketapang, kalau tak sampai ke sudah la tak jumpa tempat ni.

Memang banyak restoran2 terutamanya yg menjual makanan seafood di sini. Selain itu, terdapat banyak gak tempat penginapan seperti chalet dan homestay. Kiranya memang tak sia-sialah kitorang bersusah payah cari tempat ni. Malam tu kitorang check in di sebuah chalet yg terletak betul-betul dekat dgn lapangan terbang. Selepas itu, kitorang pun pegilah mencari restoran seafood di sekitar sini lagipun memang bercadang nak makan seafood kat Kuala Terengganu ni.

restoran yg menjadi pilihan, Sri Aman Seafood
Makan dengan penuh gembira
menu yg menjadi pilihan
Makanan kat sini memang sedap dan menu yg kitorang pilih ialah ikan kerapu besar masak stim, tom yam seafood, kerabu mangga, kangkung, sotong goreng, 3 laicikang, 1 air mangga semuanya baru RM 59.00. Pastu tambahlagi  kepok lekor RM2.oo yg agak banyak. Memang tak rugi lah makan kat sini, dah la sedap murah pulak tu. Agaknya makanan kt KT ni memang sume murah2 kot. Tempat lain memang tak dapat harga macam ni.


Bergambar dan bersarapan di Teluk Ketapang

Selepas puas tidak terkata makan kat sini, kitorang pun balik ke chalet.  Esoknya pagi2 lagi kitorang checkout untuk pergi ke Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Sebelum tu kitorang bergambar dulu dan bersarapan di Teluk Ketapang.
pantai Teluk Ketapang yg dilarang mandi
posing-posing

Sarapan kami pagi ni 2 bungkus nasi dagang, 3 nasi berlauk ayam, sekor ikan tongkol masak merah campur minuman dalam RM14.oo. Murah2....