Salah satu tempat yg best tuk lepak dan makan kat Ipoh ni ialah Padang Polo atau nama rasminya Taman Rekreasi Sultan Azlan Shah.
Tempat ni memang sentiasa dikunjungi terutamanya pada hujung minggu. Kalau hujung minggu, memang ramai orang datang sini sepanjang hari dan gerai-gerai makan dibuka dari tengah hari lagi sampailah ke malam. Pagi2 akan ada aktiviti senamrobik, main layang-layang dan sebagainya. Yang bestnya kt sini selain dapat melakukan aktiviti beriadah dpt gak menikmati pemandangan yg cantik. Kawasannya pun luas.
Kat sini banyak gerai2 yg menjual makanan-makanan seperti mi rebus, laksa, mi kari, cendol dan sebagainya. Tapi dalam banyak2 yg plg best skali ialah laksa Kedah. Gerainya terletak di hujung sekali. Laksa kedah diorang mmg sedap dan harganya pun sgt murah 2 ringgit je.
laksa Kedah RM2.00 yg sedap
Dah kenyang bersiar-siar di padang Polo
waktu ni tgh hujan renyai2 tapi kitorang selamba je bejalan sambil begambar macam xde benda yg berlaku....haha
Agak terkejut baru-baru ni bila tengok gaji yg dapat kurang daripada sebelum-sebelum ni. Ingatkan pasal apa rupa-rupanya baru tau yang kadar kwsp tahun ni naik dari 8 kepada 11 peratus...
Apa hal lak tiba-tiba nak naik. Naik pun bukan nak bagitau awal-awal. Susah la orang macam ni dah la harga minyak, barang, sewa umah semuanya naik...kwsp pun nak naik gak. Itu cukai barang, kereta, rumah tak nak naik gak ke.
Terima kasihlah KWSP dan kerajaan Malaysia kerana menaikkan kadar simpanan dan secara tak lansung mengurangkan gaji kitorang semua. Lepas ni makin tinggi la hutang kad kredit aku berjela-jela.....(dan semakin kaya-rayalah bank-bank kt Malaysia ni)...sigh
Sabtu lalu, tgh2 malam tiba2 ada orang mesej ajak mandi Ulu Chepor. Lepas tu kitorang pun sibuk la ajk kawan2 yg lain lagi join keesokkan hari. Boleh kata plan last minit gak la ni. Esok tu awal-awal pagi (kononnya) kitorang pun pegi la Ulu Chepor untuk bermandi manda.
Ulu Chepor ni terletak tak jauh dari tol Meru/Jelapang. Sebab tu blh plan sesuka hati je. Lagipun bukan kena keluar duit pun pegi sana. Memang sesuai pegi tgh tak dapat gaji lagi ni.
Antara yg turut serta
Air yg tenang jgn disangka tiada buaya kerana banyak buaya-buaya di sana....hahaha
Gadis2 yg terlalu excited sehingga tak perasan ada ular di sebelah mereka....hebat betul
Fazren Dafi (pelakon spaQ dan Putera Katak)salah seorang pelakon yg kiat meningkat naik masa kini adalah penuntut Universiti Malaya. Fazren masuk UM dan menghuni Kolej 2 sama dgn aku dari thn 2005 lg. Di UM, dia lbh dikenali dgn nama panjang tetapi di Kolej 2 ni, budak-budak kolej semua panggil dia Cempuling. Nama Cempuling melekat bila dia belakon watak Cempuling dlm sebuah sketsa masa minggu mesra pelajar. Aku ngan member aku pulak belakon watak pokok je....lawak betul la...haha
Kalau nk tau muka dia masa tu lagi hensem dan lagi macho dari skrg...serius. Semua budak kolej aku kata muka dia masa tu ada iras2 Farid Kamil...
Fazren yg pakai topi kt belah kanan dan yg kat kiri skali tu aku la.....hehe (gambar tahun 2006)
Masa kt kolej 2 UM dulu, Fazren seorang yg mudah mesra dan tak memilih berkawan serta agak aktif dlm aktiviti2 kolej. Banyak gak la program2 kolej yg dia sertai.
Masa sertai program curahan kasih di rumah solehah (rumah anak2 HIV)
Skrg ni tak tau la dia masih belajar di UM lagi ke tak. Kalau extend tu biasa la dh jadi pelakon mana nk ada masa sgt kan. Apa yg pasti setelah bergelar artis ni, Fazren Dafi tetap mesra dan mudah didampingi seperti dulu. Masa teserempak dgn dia sebelum ni pun, dia yg tegur kitorang dulu....hahaha
Mungkin ramai yg tidak tahu di sebelah Sumatera Indonesia sana terdapat wilayah yg mana penduduknya begitu bangga dilahirkan sebagai keturunan Melayu. Berbeza dgn rakyat Indonesia lain yg majoriri besar adalah berketurunan Jawa,Sunda,Madura dan sebagainya etnik Melayu adalah golongan minoriti. Namun masyarakat Melayu menjadi majoriti di beberapa wilayah seperti Jambi,Sumatera selatan(Palembang),Kalimantan Barat,Bangka Belitung, Riau dan Kepri.
Namun, di banyak2 wilayah, di Riaulah penduduknya begitu kuat jati diri Melayu malah lebih kental dari masyarakat Melayu di Malaysia. Melayu Riau begitu menjaga adat dan budaya Melayu dan banyak mengadakan program kebudayaan Melayu serta menerapkan senibina Melayu pada setiap bangunan yg terdapat Riau. Riau mendapat jolokan Bumi Melayu Lancang Kuning.
Menurut sejarah selepas kejatuhan Melaka kepada Portugis, warisan pemerintahan berpindah ke Johor dan Riau sehingga terbentuknya kerajaan Riau Johor Pahang Lingga. Di Riau, bahasa Melayu disusun dengan kemas oleh tokoh-tokoh bahasa di sana sehingga terbentuklah bahasa Melayu yang standard yg kini digunakan secara rasmi di Malaysia, Brunei, Singapura malah dijadikan sebagai bahasa Indonesia. Di sini juga lahirnya karya2 berbentuk pantun, puisi, syair dan pujangga2 terkenal. Empayar Riau Johor Pahang Lingga berpecah apabila British menakluk Tanah Melayu dan Sumatera ditakluk oleh Belanda. Namun sehingga hari ini masyarakat Melayu Riau masih mengganggap mereka sebagai warisan pemerintahan Melaka dan begitu mengagumi keperwiraan Hang Tuah.
Rakyat Riau hari ini sentiasa berpegang kepada pujanngga ini: Tuah sakti hamba Negeri, esa hilang dua terbilang, patah tumbuh hilang berganti, tak Melayu hilang di bumi.
Riau di zaman moden
Wilayah Riau pernah menjadi antara wilayah termundur di Indonesia. Namun, sangat membanggakan apabila Riau pada hari ini menjadi antara wilayah paling pesat membangun di Indonesia. Kepesatan pembangunan di Riau bermula apabila Riau mendapat taraf otonomi dan dan masyarakat Melayu tempatan mula memimpin sendiri negeri mereka. Ibu negeri Riau iaitu kota Pekanbaru begitu pesat membangun kesan dari pemerintahan yg cekap dan berpandangan jauh.
kawasan pentadbiran kota Pekanbaru
Pekanbaru yg cantik di malam hari
Di Pekanbaru mahupun di daerah2 lain, senibina Melayu sintiasa diterapkan tidak kita kpd rumah2 tradisional, kedai2 malah hinggalah kpd bangunan moden seperti hotel, bangunan kerajaan, universiti, hospital dan sebagainya.
Serpekara lagi, sikap anti Malaysia hampir tidak pernah wujud di sini. Masyarakat Riau memang benar2 menganggap Malaysia sebagai saudara terdekat. Banyak syarikat dari Malaysia melabur di wilayah ini dan ramai juga penduduk Riau yg melawat Malaysia khusunya Melaka saban tahun.
Jembatan Tengku Agung Sultanah Latifah - Kota Siak Sri Inderapura
Ni la dia komik Dik Cerdas (Shin Chan) volume terakhir. Sebabnya pelukis komik ni Yoshito Utsui baru je meninggal dunia tahun lepas...semua karya2 terakhir beliau ada dalam buku ni. Sedihnya dh tak dpt baca telatah2 terbaru dari shin chan dan kaum kerabatnya.
Tapi mcm mana pun komik shin chan ni mungkin akan disambung gak tapi oleh pelukis yang lain la. Kalau pelukis lain mesti la dh tak sama....tak best dah la. Lagipun kartunnya pun tak sebest komiknya.
tapi kan, apa kejadah la aku ni dah tua2 pun nk baca komik. Buat malu kt anak2 buah je.....haha.
Ak sbenarnya mmg suka baca komik dari kecik lagi. Mcm2 komik ada kt rumah aku....cuma skrg je dh kurang. Skrg ni layan Naruto ngan Shin Chan je. Naruto pun dh lama tak baca. Skrg Shin Chan plk dh sampai volume terakhir.....hai, dh x dpt la nk tgk telatah Shin Chan lps ni.
Agak terkejut bila masuk ke bandar baru Kampar haritu bila tgk banyak bagunan2 di sini mempunyai senibina berunsurkan Eropah. Dari kedai, pejabat, hotel sampaikan apartment dan rumah kediaman pun bersdisignkan ala-ala Eropah gitu. Tambah plk dengan jalannya kebanyakkannya bukan jalan tar biasa.
Yg paling terasa ala eropahnya ialah apabila terlihat ramai betul yg menggunakan basikal. Siap ad kwsn khusus utk parking basikal. Kebanyakkan yg menggunakannya adalah student2 UTAR. Basikal seolah-olah menjadi pengangkutan utama di sini. Slalunya kat Eropah je yg byk guna basikal ni, kt Malaysia mmg jrg sgt la. Kt Asia ni pun rasanya Jepun dan Korea je yg byk guna basikal. Rasa suasana lain plk bla tgk mana2 je nmpk org kayuh basikal. Kt tepi2 kedai pun byk basikal park.
Bangunan kedai dan hotel
ala-ala western
Kedai apartment
Bangunan2 kedai pejabat dgn senibina yg unik
kawasan perumahan
*Sebahagian gambar adalah milik peribadi dan sebahagian lagi diambil dari monkeywong dan skyscrappercity forum.
Bagi yg tak tau, bandar baru Kampar ni adalah kawasan di mana letaknya UTAR dan kolej TAR. Klu dari Tapah pergi ke Ipoh melalui Kampar kena msk simpang ke bandar baru/kolej TAR baru jumpa tmpt ni. Kalau stakat lalu je mmg takkan perasan la. Pemandangan di sini mmg cantik terutamanya di sekitar tasik
Pemandangan indah di Kampar westlake
Terasa mcm editor akhbar plk aku ni........mana2 akhbar yg tringin nk amik editor sambilan, silalah amik aku....hehe
Antara tempat makan paling femes kat Perak ni tak lain tak bkn, mi udang Kuala Sepetang...tempat ni dh selalu sgt masuk dlm tv. Ada byk kedai mi udang kat Kuala Sepetang ni. Tapi yg paling femes skali ialah Mi udang banjir (Mak Teh) dan Mi udang Mak Jah. Masing2 ad kelebihan sendiri.
Yg selalu sgt masuk dlm tv tu ialah Mi udang banjir Mak Teh. Klu tgk kedai ni dh mcm kenduri, byk sgt meja, kereta parking dan orang pun sgt ramai. Kelebihan kedai ni ialah udangnya sgt byk, segar dan besar. Mmg banjir dgn udang sampaikan x nmpk mi. Kt sini ad 2 plhn, udang laut dgn udang bela. Harga utk utk mi udang bela RM6.00 sementara mi udang laut RM10.00
Tapi, yg kitorang slalu pegi dari dulu ialah Mi udang Mak Jah. Kelebihan mi udang Mak jah ni ialah kuah mi udang kt sini lebih pekat dari yg Mak Teh tapi udangnya x sebesar dan sesegar yg kt Mak Teh. Harganya ialah RM7.00. Lagi satu kedai ni lbh grand dan lbh byk plhn menu lain yg x kurang menariknya. Antara yg popular ialah udang goreng tepung, Mi goreng udang dan Nasi goreng udang goreng (spesial).
Saje nak berkongsi, mesti korang sume tak tahu, ni la plan asal untuk KLCC aka Petronas twin tower yang amat popular tu....
all photos post by Rizalhakim in skyscrappercity forum
Design ni lansung tak cantik dan buruk....tak macam yg dah jadi sekarang....nasib baik la diorang tak buat yg ini
Design sekarang yg sungguh cantik dan ikonik itu sebenarnya direka oleh Cessar Pelli. Menara 1 dibina oleh konsortium Jepun Hazama Corporation manakala Menara 2 dibina oleh dua kontraktor Korea Selatan iaitu Samsung C&T dan Kukdong Engineering & Construction. Jejantasnya (skybridge) pula disiapkan oleh Kukdong
Rupa KLCC skrg yg cantik, menawan dan terkenal di seantero dunia
Ralat: Arkitek KLCC ialah Cesar Pelli sementara Norman Fasterialah arkitek bagi Universiti Teknologi Petronas dan The Troika KL. Harap maaf dan terima kasih kepada saudara Hafidh dari Indonesia kerana membetulkan maklumat di atas
Seronoknya bejalan di KL.....dh lama btul tringin nk pegi KL balik. Ni gambar beberapa hari sblm thn baru semasa melawat KL.....sambil jalan sambil mencari tmpt mkn best...hehe. Sume gambar dlm ni diambil dr facebuk Marea dan Nini sbb ak xde kamera...huhu
Mula2 skali lami pegi ke Times square bejalan2 dan menonton citer Hantu Mak Limah....pastu kami bejalan ke Pavillion semata2 utk makan.....
dari times square bejalan ke pavillion
di depan entrance pavillion
makan di food republic (pavillion punya food court yg best...)
Dari Pavillion kami bejalan kaki ke KLCC....konfiden je bawa anak dara org bejalan kaki pg KLCC padahal ak sendiri pun x tau jln, main redah je...seb baik jmp...haha...dekat je rupanya...
ice cream cake sempena besday Maria yg dh lama lepas....kah3
mesti la ak pilih gamba yg terbaik =p
mkn lagi.....kalini kt nandos KLCC...mula2 igt nk pegi Cillis tapi dh penuh
Mlm tu tmpg tdo kt UM...seb baik la ad lg member yg blaja kt UM ni....mlm tu tgh letih2 dan kekenyangan sempat lg lepak kt the curve dan makan kt Murni SS2 yg sgt2 femes terutamanya dikalangan student2 UM...
Second day
Hari keesokannya pula, pergi ke Sentul tgk org kawen dan secara x lnsg dapatlah kami bekas2 peserta GEMS (program utk lepasan graduan...atau lebih tepatnya graduan menganggur..haha) berreunion di sana. Yg kawen tu pun penyelia kami Abg Mus.
Lepas kenduri, kami pergi ke Capsquare Mall...kt sana kami melepak di Coffee Bean Leaf sementara memunggu tiket train ak blk ke Ipoh pkl 5.30 (Mcm la train tu lalu dpn capsquare mall ni....haha)
Tak lama lps tu, ak pun balik ke Ipoh dgn hati yg hiba....huhuhu