Saturday, August 27, 2011

Buka puasa di restoran Koh Samui, Ipoh

Baru-baru ni kitorang berbuka puasa di restoran Koh Samui yg terletak di Jalan Raja Ekram, Ipoh. Restoran Koh Samui ni ialah sebuah restoran mewah yg menyediakan makanan asli Thai...harga makanan kat sini agak mahal kerana konsepnya ala-ala hotel gak...huhu...sekali sekala






Wednesday, August 24, 2011

Buffet Ramadhan di Hill city hotel, Ipoh

Baru-baru ni kami rakan-rakan sekerja berbuka puasa di hotel Hill city Ipoh. Setiap tahun hotel ni memang terkenal dengan buffet Ramadhan mereka yg menarik berpatutan.

Harga buffet bagi dewasa ialah RM32.00 seorang sementara kanak-kanak RM23.00. Harga ni boleh dikatakan standard di kebanyakan hotel dan restoran di Ipoh. Kelebihannya di sini ialah makanan sentiasa banyak, sedap, menarik dan pelagai jenis. Kitorang pun kena reserve beberapa hari sebelum ni baru dapat makan kat sini. Kalau tak sentiasa penuh je tempat ni



Untuk maklumat harga dan lokasi:
Price:
RM 32.00 (Adult)
RM 23.00 (Children 5-12 Years)

HILL CITY HOTEL AND CONDO
Address :
No. 227, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah (Jalan Gopeng)
Telephone :
05-3135555 or 05-3133155










Tuesday, August 16, 2011

Marhaban di Astro @ Bazar Ramadan Pasar Awam Seri Manjung

Sabtu baru ni masa balik Manjung, singgah kejap di Bazar Ramadan Pasar Awam Seri Manjung untuk beli juadah buka puasa. Tak sangka pula waktu tu ada program Marhaban di Astro betul-betul kat bazar Ramadhan tu. Antara artis yg ada waktu tu ialah Akil Hayy, Hazama AF9, Zahid, Maulana dan ramai lagi. Orang masa tu tak la ramai sangat, dapat plak tengok persembahan artis-artis ni begitu dekat.


penutup diiringi bacaan doa oleh akil hayy





Monday, August 15, 2011

Berbuka puasa di Restoran Black Canyon @ Jusco Ipoh

Baru-baru ni berbuka puasa di Restoran Black Canyon kat Jusco Ipoh dengan abang, kakak ipar dan anak-anak buah. Saja sekali sekala teringin pulak nak buka puasa dengan makanan yg lain sikit. Di restoran ni memang banyak menu yg agak lain sikit..

Sebelum ni pernah makan di sini....not bad dan lain dari yg lain
Lihat post sebelum ni http://kirapu.blogspot.com/2011/05/restoran-black-canyon-jusco-ipoh.html

sasame fish rice + mini tomyum

stick chicken


curi curi

Harga makanan kat sini boleh tahan, cuma minuman agak mahal....huhu...yg pasti sedap



Thursday, August 11, 2011

Buffet syoknya Ramadhan @ Syuen Hotel


Sempena bulan Ramadhan ni, hotel Syuen mengadakan promosi buffet Syoknya Ramadhan dari RM28.90 seorang. Promosi ni boleh dikatakan yang paling murah antara semua hotel yg ada di Ipoh ni.

Baru-baru ni kitorang pegi la mencuba buffet ni. Makananya banyak tetapi secara keseluruhannya boleh dikatakan biasa je. Tahun lepas pernah beruka puasa di Hillcity. Makanan di Hillcity lebih sedap dan menarik.




Kalau nak buffet hotel yang agak murah di hotel berbintang boleh la datang ke Hotel Syuen ni. Cuma jangan expect too much la. You get what you pay for…tapi still bebaloi


Untuk Maklumat lanjut lokasi dan tempat:
Syuen Hotel Ipoh
ADDRESS: 88, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30300 Ipoh, Perak.
Telephone: 605 253 8889.





Friday, August 5, 2011

Overnight at Cameron Highland

Baru-baru ni tak sengaja terpergi ke Cameron Highland. Kali ni betul-betul tak dirancang malah tak terpikir lansung pun nak pergi. Niat hati nak lepak je kat mana-mana kat Ipoh ni malam-malam buta. Sampai kat Simpang Pulai tiba-tiba ternampak signboard jalan ke Cameron….Dengan tak fikir apa, terus je masuk ke jalan Cameron Highland tu…huhu.

Dari Ipoh keluar kira-kira pukul 10…bawa slow2 sampai ke Pekan Tanah Rata, Cameron dalam pukul 11.30. .Masa sampai, kebanyakan kedai dah tutup walaupun malam minggu…Nasib baik la  kedai  makan banyak lagi yang buka.




Memang best lepak minum teh kat Cameron ni dengan cuacanya yang sentiasa sejuk dan dingin… kat Cameron ni pegi je mana-mana kedai mesti ada je makanan stimbot dan tomyam..…tempat sejuk macam Cameron ni  sangat sesuai makan makanan2 mcm ni…



Kira-kira pukul 2 kami balik ke ipoh….suka-suka hati je pegi tempat-tempat macam ni ikut suka…haha